29 April 2012

Lelah


Dunia,
izinkan aku yang hina ini merasa,
untuk tidak merasa betapa jijiknya hidup,
berkiblatkan korup.

umpama fatarmogana,
yang sentiasa membuatkan aku gembira,
saat gersang dahaga,
menuju ke dalam neraka.

Dunia,
jangan buat aku gembira dengan dosa,
kerana aku hamba,
kepada Dia.

Engkau...
tempat aku berteduh,
melepaskan lelah,
bagi perjalanan yang Maha jauh..









No comments:

Post a Comment