29 April 2012
Perihal Jamban
"jadilah seperti jamban" begitulah pesan Mamat yang ketika itu sedang makan nasi putih beserta Tom Yam. Mamat mencedok Udang tom yam yang matanya kemerahan lantas diletakkan ke dalam pinggannya. Aku yang tengah layan menguyah sate, tetiba rasa nak termuntah kerana membayangkan fizikal sate yang dikunyah aku ni, persis dengan benda yang dimakan oleh jamban.
"kenapa ko kata macam tu??"
"cuba ko tengok Jamban, hina di mata manusia, tapi mulia di punggung mereka." Ujar Mamat sambil mengopek kulit udang. Aku sekadar mengangguk, buat-buat faham. "Jamban ni mulia sifatnya, tak pernah dia buka aib manusia, biar pun tiap hari dia nampak kemaluan manusia." Mamat semakin rancak bercerita, serancak tangannya menguis kuah Tom yam untuk mencari ayam pula. "Begitulah kita manusia, kita ni kena contohi perangai jamban, biar macam mana busuk pun berita atau cerita yang kita dengar dari orang, kita senyap dan simpan je." tambah dia lagi.
aku sekadar senyap jela, bangun, dan terus basuh tangan. susah juga ada makhluk yang jenis mulut macam Jamban, semua benda makan tanpa perasaan tanpa mengikut keadaan. Rasa nak lepas, main lepas je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment