13 October 2012
Coklat
pasang surut dalam hidup, itu biasa. jatuh bangun dalam perjalanan, itu sentiasa berlaku.
kawan bertanya, kenapa warna coklat yang kau pilih sebagai warna yang engkau suka?
yup, mungkin dulu aku suka warna hijau, kerana kata orang kebanyakkan, ia mendamaikan, malah menyihatkan mata. Tapi, aku takut tertipu dengan kehijaun dunia yang sementara. Daun yang hijau warnanya, segar, cantik, akan layu, menjadi Coklat dan jatuh ke tanah, lalu reput dan menjadi baja.
macam itu juga aku, aku suka warna coklat.
bukankah kita asalnya orang tanah?
menetapnya dia atas tanah,
dan kembalinya juga kedalam tanah.
ya, akan kembali suatu hari nanti ke dalam tanah.
duduk dan bersebati dengannya bersama penghuni dalamnya.
semoga aku tidak lupa akan asal aku,
coklat sentiasa mengingatkan aku,
yang aku akan kembali kepada asal aku,
bukankah tanah warnanya coklat??
kawan bertanya lagi, kenapa coklatnya mesti pekat? sepekat tahi yang kita buang.
aku menjawab lagi, kerana kita hina disisi Pembuat Tanah.
dan sifat tanah, makin pekat warnanya, makin besar manfaatnya. kerana aku mahu jadi manusia yang bersifat tanah. manfaatnya maha besar.
cuba kau renung pada tanah yang cerah warnanya, engkau pergi ke tepi pantai, meskipun tanah atau pasir itu putih malah mendamaikan mata melihat. namun ia tidak mampu memberi manfaat pada biji benih. Suburnya tiada.
aku mahu menjadi seperti, tanah yang gelap warnanya. Menyuburkan, memberi manfaat. kerana ia kaya dengan segala unsur yang diperlukan oleh bijih benih dan pokok.
justeru apa yang aku perlu?
ilmu
manfaatnya tiada terperi,
buat kawan juga diri,
sebagai panduan diri,
menyuluh jalan tika sepi.
tanah yang pekat warnanya, mampu mencambahkan benih. benih kemudiannya tumbuh, mengeluarkan tunas dan seterusnya menjadi pokok yang merendang.
pokok yang tinggi, besar, subur, rendang dan kuat mampu memberi teduhan kepada makhluk lain. mengeluarkan buah dan memberi manfaat buat makhluk yang kelaparan.
semuanya, berasal dari tanah. yang besar manfaatnya.
kenapa coklat yang engkau pilih??
kerana aku mahu jadi guru yang mampu memberi manfaat buat umat Islam. melahirkan pokok yang kuat agamanya, tinggi matlamatnya, besar citanya, subur akhlaknya dan rendang sifatnya.
mahu menjadi anak dan insyaAllah suami yang bertaqwa, mampu membuahkan buah yang mengeyangkan rohani dan jasmani keluarga aku.
kerana aku tahu, hidup ini sementara.
dari tanah kita diciptakan,
kedalam tanah kembali jua.
Semoga kita semua, bisa memberi manfaat. kerana kita hamba Allah, hidup sebagai khalifah dan matlamat kita mahu berjumpa dengan Dia yang satu dan Rasul yang sangat dikasihi.
Allah, tolong pelihara diri ini,
Addunya imtihan.
Labels:
aku,
luah-luahan,
semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment