Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts
5 April 2013
Life
hidup..
bagi Allah, tiada yang buruk untuk kita, semuanya baik belaka.
cuma, kadang-kadang, manusia yang salah menafsir setiap perkara yang berlaku.
diberi rasa bahagia, supaya kita menjadi insan yang syukur,
diberi rasa derita, supaya kita menajadi insan yang sabar,
semuanya demi menjadikan kita hamba yang bertaqwa.
semuanya ujian buat kita dalam mencari redhaNya.
sentiasa positif supaya kita tahu, hidup hanya sementara,
berusahalah sehabis mungkin, supaya kita berbahagia,
dinegeri yang kekal abadi.
6 January 2013
Bunga dan Padi
ini post dedikasi
segar bau tiada terkata,
bagai embun dihujung bunga,
hati tenang tiada terkata,
syukur Allah yang Maha Esa.
pokok padi sentiasa berbakti,
sentiasa merendah tiada meninggi,
hati tabah tiada terperi,
akhlak mulia kaya budi.
6 November 2012
M A L A S
sebenarnya, kalau diikutkan malas di hati,
kerja memang tidak akan menjadi.
bila hati menyanyikan lagu malas, akal selalu mendendangkan lagu mati.
lantas irama mati, berdondang sayang menusuk ke hati.
menjentik kalbu.
membayangkan soalan-soalan yang akan ditanya nanti,
bila kita berjumpa dengan Ilahi.
sebenarnya,
dunia mahu kita mengerti, perjalanan menuju Ilahi, penuh dengan onak dan duri.
Allah.. jadikan aku mukmin yang bersyukur.
29 October 2012
Indah dunia
minggu-minggu terakhir persekolahan bagi tahun 2012.
kerja dan masa bagai teman akrab, sentiasa bersama, berpisah tiada HAHA
Malam selepas PKSR 2,
berbondong-bondong ke Terengganu, membawa budak melihat dunia hajatnya.
disamping berlibur.
bila rasa beban dan lemah
Lihatlah..
jangan lupa lihat langit yang membiru,
saat rasa lelah dengan kesibukan dunia,
kerja tiada putus.
ingat Allah sentiasa
“Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda – tanda bagi orang yang berakal, iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, berbaring, dan mereka memikirkan (tafakur) penciptaan langit dan bumi, seraya berkata “Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"
(Ali Imron:190-191)
13 October 2012
Coklat
pasang surut dalam hidup, itu biasa. jatuh bangun dalam perjalanan, itu sentiasa berlaku.
kawan bertanya, kenapa warna coklat yang kau pilih sebagai warna yang engkau suka?
yup, mungkin dulu aku suka warna hijau, kerana kata orang kebanyakkan, ia mendamaikan, malah menyihatkan mata. Tapi, aku takut tertipu dengan kehijaun dunia yang sementara. Daun yang hijau warnanya, segar, cantik, akan layu, menjadi Coklat dan jatuh ke tanah, lalu reput dan menjadi baja.
macam itu juga aku, aku suka warna coklat.
bukankah kita asalnya orang tanah?
menetapnya dia atas tanah,
dan kembalinya juga kedalam tanah.
ya, akan kembali suatu hari nanti ke dalam tanah.
duduk dan bersebati dengannya bersama penghuni dalamnya.
semoga aku tidak lupa akan asal aku,
coklat sentiasa mengingatkan aku,
yang aku akan kembali kepada asal aku,
bukankah tanah warnanya coklat??
kawan bertanya lagi, kenapa coklatnya mesti pekat? sepekat tahi yang kita buang.
aku menjawab lagi, kerana kita hina disisi Pembuat Tanah.
dan sifat tanah, makin pekat warnanya, makin besar manfaatnya. kerana aku mahu jadi manusia yang bersifat tanah. manfaatnya maha besar.
cuba kau renung pada tanah yang cerah warnanya, engkau pergi ke tepi pantai, meskipun tanah atau pasir itu putih malah mendamaikan mata melihat. namun ia tidak mampu memberi manfaat pada biji benih. Suburnya tiada.
aku mahu menjadi seperti, tanah yang gelap warnanya. Menyuburkan, memberi manfaat. kerana ia kaya dengan segala unsur yang diperlukan oleh bijih benih dan pokok.
justeru apa yang aku perlu?
ilmu
manfaatnya tiada terperi,
buat kawan juga diri,
sebagai panduan diri,
menyuluh jalan tika sepi.
tanah yang pekat warnanya, mampu mencambahkan benih. benih kemudiannya tumbuh, mengeluarkan tunas dan seterusnya menjadi pokok yang merendang.
pokok yang tinggi, besar, subur, rendang dan kuat mampu memberi teduhan kepada makhluk lain. mengeluarkan buah dan memberi manfaat buat makhluk yang kelaparan.
semuanya, berasal dari tanah. yang besar manfaatnya.
kenapa coklat yang engkau pilih??
kerana aku mahu jadi guru yang mampu memberi manfaat buat umat Islam. melahirkan pokok yang kuat agamanya, tinggi matlamatnya, besar citanya, subur akhlaknya dan rendang sifatnya.
mahu menjadi anak dan insyaAllah suami yang bertaqwa, mampu membuahkan buah yang mengeyangkan rohani dan jasmani keluarga aku.
kerana aku tahu, hidup ini sementara.
dari tanah kita diciptakan,
kedalam tanah kembali jua.
Semoga kita semua, bisa memberi manfaat. kerana kita hamba Allah, hidup sebagai khalifah dan matlamat kita mahu berjumpa dengan Dia yang satu dan Rasul yang sangat dikasihi.
Allah, tolong pelihara diri ini,
Addunya imtihan.
27 September 2012
UJIAN PERTAMA
Cabaran pertama untuk masa mendatang ini.
MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN BAIK!!
murahkan rezeki dengan memberi
terutama kepada keluarga
Ayah, Ibu dan Adik
ibarat padi, tiada terperi, dalam memberi
24 September 2012
sama rata
Tuhan,
Dia Maha Adil,
Adilnya Dia membuatkan kita sebagai makhluk ini,
sentiasa cukup apa yang ada,
cukup,
Nafas, anfas, nufus dan ampas.
"Allah ada dalam setiap hembusan nafas kita" pesan orang tua-tua kepada saya.

"Dibuangnya kotoran daripada badan kita dalam bentuk ampas" tambah beliau lagi.
Jika hari ini,
semalam, kemarin,
dan akan datang,
mereka membuat kamu sakit hati, maafkan mereka.
kerana kita, dia dan mereka semua adalah makhluk yang panggilanya berasal daripada kalimah Nasiya.
maafkan mereka, maafkan dia.
dan yang paling penting maafkan diri kita.
dalam setiap nafas, pada setiap persedaran darah kita,
Dia sentiasa mahu mencuci hati kita.
asal kita mahu kembali kepadaNya.
robbana afrigh alaina sobra, watawafana muslimin.
limpahkan kesabaran dalam hati ini wahai tuhanku,
matikan kami sebagai seorang islam.
20 September 2012
Jiwa: Jadilah Setenang Air di Kali
gelombang, ada masa kuat, ada masanya tenang bagai air dikali.
kita selalu leka, ada ketika tuhan menguji kita dalam pelbagai ragam dan rupa.
saat badai kuat menerpa, diujinya kita oleh tuhan dengan bermacam kerenah dan cabaran.
berkocak kuat hati kita, hingga menitis, tumpah air daripada mata kita.
saat angin sepoi yang mampu melenakan kita bertiup, kita leka dengan ujian kenikmatan.
hingga terpejam mata kita, sampai terzahir tahi di mata kita. tiada berguna.
walau berbagai rupa dan bentuk ujian yang tuhan berikan,
ingat semuanya itu untuk mematangkan kita,
sebagai tanda tuhan kasih dan sayang pada tiap hambaNya.
kerja tuhan, siapa tahu. surah Baqarah ayat 30 sebagai bukti tuhan bekerja diluar batasan fikiran makhluknya.
sebagai makhlunya, kita wajib percaya, Tiada yang Sia di dunia ini melainkan Faedah belaka.
Semoga Alla berikan yang Terbaik untuk kita,
kerana Allah Maha Tahu,
Batas tiap hambaNya.
Semoga Aku, kamu dan kita semua menjadi hamba yang bersyukur,
hamba yang bersyukur, tenang sentiasa jiwanya,
kerana Jiwa yang tenang, diseru Allah supaya kembali kepadaNya.
Catatan Amal yang menjadi saksi di"sana" kelak
13 September 2012
Man Ana??
jika fajar bertemankan bintang,
kejora akrab tersenyum riang,
jika hidup umpama binatang,
diakhirat kelak tiada girang.
bermusafir hidup tiada rehat,
berjalan terus tiada lurus,
Quran hidup jadikan kiblat,
hati insan jadi tulus.
melekuk kepala,
menabik dada,
orang leka,
selalu alpa.
burung kupik nyaring suaranya,
anjing kemut kuat salaknya,
bercakap dia satu semuanya,
berbakti dia akhir sentiasa.
abu dirumah tiada terkira,
mengalir didarat bagai lautan,
menjamu tetamu amalan mulia,
bukti ilmu jadi amalan.
12 September 2012
25 tahun
Biasanya, selepas solat maghrib atau sebelum pergi ke sekolah pagi-pagi, saya akan berbual-bual dengan Ma. Macam-macam perbincangan yang kami bualkan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.
Baru-baru ini, selepas solat maghrib bersama-sama, tiba-tiba Ma bercerita tentang masa dan saat saya dilahirkan. Cerita Ma, saya dilahirkan pada jam 3.30pm. Mungkin sebab itu kulit saya kadangnya cerah, kadangnya gelap kata Ma berseloroh.
Ma cakap, dalam enam-enam anak yang dia ada, saya la yang paling nakal sekali. hehe Bila fikir-fikir balik, banyak perkara yang saya buat menyebabkan saya menerima hadiah "roti panjang".
saya ingat, saya pernah di rotan sampai lebam badan keseluruhannya sebab saya ponteng dan tak mahu mengaji. Tak mahu mengaji suatu hal, dibukanya TV masa maghrib. Ma dengan tenangnya solat maghrib, selepas solat, Ma memberi saya makan "roti panjang".
Namun bila sudah besar ni, bila bual-bual dengan Ma, cerita tersebut menjadi bahan gurauan dan bahan ketawa kami. Saya rasa bersyukur, sebab sekarang saya boleh memimpin Ma solat bersama-sama. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya macam mana.
Umur saya sudah meningkat ke 25 tahun, saya tidak tahu berapa lama lagi saya akan dapat berbual dan bersembang bersama-sama dengan Ma lagi. Mungkin 2,3 tahun lagi, mungkin sehari lagi. siapa tahu.
Semoga Allah merahmati kami,
Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa aku masih kecil.
14 August 2012
sekadar merasa
"Belajar untuk memberi dan memahami, hidup biar berjasa. Korbankan perasaan hati dan diri, kerana kita hidup saling memerlukan"
Itulah pesan kawan ketika kami sedang berbincang bersama-sama.
"berlapang dadalah dengan semua perkara, yakin, tiap perkara, ada hikmah, sentiasa bersangka baik dengan Tuhan." tambah beliau lagi.
kata-kata nasihat, sememangnya ibarat air yang sentiasa menyegarkan jiwa saat diri kehausan dan letih dengan ujian hidup. Dunia sememangnya penuh dengan ujian, terpulang bagaimana kita menerima dan memandang ujian tersebut.
Sungguh, dunia ini sebagai jambatan untuk kita berjumpa dengan Pencipta kita. terkadang terlupa bahawa kita hidup bukan untuk suka-suka, banyak amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan. Tidak mahu terlalu banyak suka didunia, diakhirat kelak menderita.
Kita juga sentiasa cuba untuk menggembirakan dan membahagiakan orang yang kita cinta, terkadang kita lupa kepada cinta yang Maha Agong, cinta yang hakiki. Terlupa dengan kata tuhan, siapa yang mencintai Allah, maka ikutlah Rasulnya.
Allah,
erti puasa sangat besar,
Terima Kasih Allah.
12 August 2012
Allahu..
Terima Kasih atas rasa yang engkau hadirkan ini,
semoga dengan rasa ini,
semakin dekat aku dengan Engkau.
Alhamdulillah,
segala puji hanya bagi Engkau,
Tuhan semesta alam,
yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani,
semoga diri tidak lalai,
seperti umatMu yang sudah-sudah.
Ameenn
17 July 2012
0
aku tidak mahu jadi seperti pohon yang rimbun,
kelak bila gugur daun,
layu jatuh ke bumi,
tiada upaya melindungi kamu dari terik mentari.
seperti angin tidak sekali mahunya,
kerna ia bisa memarakkan api yang kecil,
merobohkan binaan yang raksa,
menjadi hancur binasa.
aku hanya mahu jadi aku,
kerana aku berdasarkan apa yang kamu mahu,
jika aku engkau anggap Nabi,
maka Nabilah aku,
jika aku engkau anggap Iblis,
maka Iblislah aku.
kerna Dia Maha Mengetahui
4 July 2012
adabi
Diam itu lebih baik..
merencah pelbagai rasa,
menelan sejuta rasa.
25 June 2012
21 June 2012
Ingatan Sempena Malam Jumaat yang Berkat
"Dosa itu binasa,
dineraka amat terseksa" kata Ahmad.
menyambut israk, meraikan mikraj, tapi ramai yang tidak mampu menterjemahkannya dalam bentuk perbuatan, hanya qauli semata. Menghayati semangat mikraj apatah lagi. Saat Rasul SAW melihat ragam dan gelagat manusia yang diseksa pelbagai ruga disana atas perbuatan mereka.
lantas mereka berkata:
"wahai tuhan kami, kembalikanlah kami ke dunia, nescaya kami akan beramal soleh dan membuat kebaikan."
tapi Allah Maha Luas pengetahuan, Maha Adil, di dunia mereka hidup bagai tuhan, tak pernah kenal mungkin buat-buat lupa akan erti hamba. Hidupnya selalu suka, akhlaknya tiada, cakapnya tiada tapisan, lihatnya tiada batasan, makannya tiada sempadan halal dan haram.
Hiduplah bagai orang asing, kerana kita rindu akan Dia, kerana:
"Syurga tempat nikmat,
tapi perlu amal
yang maha hebat..." tambah Ahmad lagi.
not a sukasuka: dunia letaknya di tapak tangan, jangan simpan didalam hati
17 June 2012
Qodo' Qadar
sungguh,
makhluknya,
hanya terbaik untuknya,
dariNya indah belaka,
hitam sebagai sempadan,
putih sebagai panduan,
nampaknya tiada hodoh,
tiada buruk,
jika hati menadah dengan redha,
mata melihat dengan iman,
akal berfikir berlandas sunnah,
masa esok di rancang dengan tawakal,
masa lepas dipagar dengan taubat,
masa sekarang dahargai dengan usaha,
sungguh Allah Rahim,
Terima Kasih,
semoga yang terbaik Engkau beri..
nota suka-suka: tubuh manusia ini kekadang lupa dia manusia.
10 June 2012
Mahu Apa Lagi?
mahu apa lagi,
semakin kenal dia,
makin rapat akan Dia,
syukur sentiasa ada,
amal makin berganda,
hati makin selesa,
mahu apa lagi?
semoga Allah sentiasa merahmati
7 June 2012
wasatiah
bersederhanalah dalam semua perkara,
jangan terlebih,
jangan terkurang,
sungguh,
hati berbunga riang,
hanya engkau Allah,
tempat aku tumpah,
segala keluh,
segala kesah.
23 May 2012
2202-
perkara yang paling dan sangat ditakuti, diuji oleh Allah dengan ujian kegembiraan, kekayaan, kejayaan dan kesenangan.
takut silau hingga menyebabkan penglihatan menjadi buta, kerana terlalu cerahnya cahaya. menjadi kufur, lupa diri, bagai Qorun yang mabuk dengan harta yang bertimbun.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
ingatlah, jika kita bersyukur, nescaya Allah akan menambahkan lagi nikmatnya..
TAPI AWAS
jika kita kufur, ingat, balasannya sangatlah berat.
Subscribe to:
Posts (Atom)



