Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

20 November 2012

K i s a h [ a d a a k u k i s a h]


ini kisah, sudah lama ingin diperihalkan. kisah yang khabarnya, dikisahkan oleh orang yang cerdik pandai.

pandai dan cerdik orang itu, hingga kisahnya di khabarkan sudah tersebar hingga ke penjuru timur dan barat. membawa pula ke utara lantas menurun pula ia ke selatan sana. begitulah, maha hebatnya kisah ini, hingga tiada ruang mahupun tempat yang tidak membicarakan akan kisah ini. hatta burung yang sedang berkicau, berhenti berkicau taktala terdengar akan kisah ini. Bahkan guruh di langit, berhenti berdentum kerana hebatnya kisah ini.

kisah apakah itu??

..
...
.....
.......
.........
...........



kelihatan kambing yang pontang panting tiada tujuan, mereka lagi mulia dari manusia yang tiada pegangan.


Inilah kisah nya. Sekian




5 November 2012


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"


gambar ini,
sebagai tanda sedih,
melihat manusia rakus,
dengan pembangunan.

juga sebagai tanda,
tidak lama lagi kita akan bersengkang mata.

29 October 2012

Indah dunia


minggu-minggu terakhir persekolahan bagi tahun 2012.

kerja dan masa bagai teman akrab, sentiasa bersama, berpisah tiada HAHA

Malam selepas PKSR 2,

berbondong-bondong ke Terengganu, membawa budak melihat dunia hajatnya.

disamping berlibur.

bila rasa beban dan lemah

Lihatlah..


jangan lupa lihat langit yang membiru,

saat rasa lelah dengan kesibukan dunia,

kerja tiada putus.

ingat Allah sentiasa




“Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda – tanda bagi orang yang berakal, iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, berbaring, dan mereka memikirkan (tafakur) penciptaan langit dan bumi, seraya berkata “Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"

 (Ali Imron:190-191)

15 October 2012

seperti nabi Nuh?



menanda kertas Pendidikan Islam tahun 1 Cerdik.

perasaan umpama menunggu KTM tiba.

resah, gelisah, haru, hampa, berojak rasanya.

masam, manis malah pedas terkadang mencelah.


hati biar,secerah mentari

4 October 2012

GAJAH GAGAH



Ego.

satu benda yang susah untuk diuruskan. Egolah menyebabkan Azazil bertukar nama menjadi Iblis.
kerana Egolah, Iblis akan dicampak oleh Allah kedasar neraka suatu hari nanti. kerana egolah, neraka dipenuhi oleh manusia, yang dikurniakan Allah akal, tetapi mereka tidak mahu menggunakannya.

semoga Aku dijauhkan dari sifat Ego.

aku api,
engkau tanah,
jangan mimpi,
engkauku sembah.


besar tidak bererti gagah

24 September 2012

sama rata


Tuhan,

Dia Maha Adil,
Adilnya Dia membuatkan kita sebagai makhluk ini,
sentiasa cukup apa yang ada,
cukup,
Nafas, anfas, nufus dan ampas.

"Allah ada dalam setiap hembusan nafas kita" pesan orang tua-tua kepada saya.


"Dibuangnya kotoran daripada badan kita dalam bentuk ampas" tambah beliau lagi.

Jika hari ini,
semalam, kemarin,
dan akan datang,
mereka membuat kamu sakit hati, maafkan mereka.
kerana kita, dia dan mereka semua adalah makhluk yang panggilanya berasal daripada kalimah Nasiya.

maafkan mereka, maafkan dia.
dan yang paling penting maafkan diri kita.

dalam setiap nafas, pada setiap persedaran darah kita,
Dia sentiasa mahu mencuci hati kita.

asal kita mahu kembali kepadaNya.



robbana afrigh alaina sobra, watawafana muslimin.
limpahkan kesabaran dalam hati ini wahai tuhanku,
matikan kami sebagai seorang islam.




18 July 2012

kanak-kanak


minggu ini merupakan Minggu Pusat Sumber peringkat sekolah.

pelbagai aktiviti yang menarik, permainan tradisional, info hunt dan pameran kebudayaan misalannya telah dirancang bagi memupuk minat membaca dikalangan murid.

semalam dan pagi tadi, melihat budak-budak bermain permainan tradisional. Ada yang bermain lompat getah, tuju getah, baling guli, galah panjang, tuju tin dan rounders. Bila melihat gelagat mereka, baru sedar, betapa kolotnya aku masa dulu-dulu. 

Mana tidaknya, melihat mereka bermain lompat getah, macam lompat tinggi jadinya. Main tuju tin, macam main boomerang lagaknya. Selipar terbang, melayang macam roket. Melihat mereka bermain galah panjang, lagi kelaut jadinya. da gaya macam main kejar-kejar. HEHE

Betul la, masa dan peredaran zaman sangat pantas berlalu. dulu-dulu, inilah permainan ruji di alam kanak-kanak. Apa tahu, pergi sekolah untuk bermain. masa rehat macam-macam aktiviti, berlari, kejar-kejar, main galah panjang, baling selipar dan macam-macam lagi aktiviti yang mengajar supaya mahir matematik, mahir berfikir, mahir berkomunikasi.dan segalanya.

kekadang, kesian lihat anak-anak zaman sekarang. Terlalu dibebankan dengan pelajaran Formal, sampai hilang nikmat menjadi kanak-kanak.

zaman kanak-kanak itu indah

8 June 2012

masa


masa  pantas berlalu,                                                    
meninggalkan kita yang sering termangu,

nikmat yang sering kita lupa,
lapang sebelum sempit,
kerana kita selalu alpa,
dengan perkara sedikit.

saat gembira, kini semua entah kemana hehe

14 May 2012

Oryza rufipogon



saudara rapat lalang,
tapi tidak berperangai macam lalang,
mempunyai cara tersendiri,
makin berisi makin tunduk,
banyak manfaat buat belalang,
juga manusia.




nota sukasuka: ............................................

11 May 2012

Tidak Mahu Kalah


"Aku pernah lihat Ular sawa, besar wei... panjang dia dalam 2 meter aku agak." kata Dol yang ketika itu sedang menonton rancangan Nat Geo Wild.

Itu kecik lagi.. kawan jumpa lagi beso.. sebeso pemeluk ni ha, panjang dia usah kabo la. Mula-mula kawan ingat natang ape, nghupenye ulor.. sampuk Ali yang tidak mahu kalah.

semua hendak menang
cakap mahu lebat,
biar nampak hebat,
asal boleh nampak,
kisah dia maha dasyat..

           Ular bawa bunga, kau ada jumpa??



2 May 2012

Berkhemah di Sekolah


hujung minggu yang penuh bermakna. pertama kali melihat tahi bintang ketika tidur berbumbungkan langit yang dihiasi bintang, planet dan bulan. saat tersebut, baru mengerti, betapa kerdilnya kita di alam ini. apa-apa pun, gambar tahi bintang tidak sempat untuk ditangkap gambarnya hehe

hari pertama budak-budak mendirikan khemah



ragam budak, mainnya banyak, kerjanya haprak



lagi..



balikkk..




siap


Hari kedua, pergi sungai pisang untuk jungle tracking




belakang tu adalah highway karak 






sebahagian para guru dan para peserta



takde motif


apa-apa pun, bersyukur di tempatkan di sekolah yang para gurunya sangat berkomitmen tinggi. kagum melihat cikgu-cikgu veteran dan perempuan yang sanggup membawa anak-anak, tidur sama disekolah.
sama-sama merasai suasana perkhemahan. terima kasih Cikgu-cikgu semua yang banyak bersabar dan memberi tunjuk ajar. hehe